Saturday, December 17, 2011

[REVIEW] Counter Strike Online









NAMA GAME : COUNTER STRIKE ONLINE
SINGKATAN : CSO
HOST : IAHGAMES
DEVELOPER : NEXON / VALVE
WEBSITE : COUNTER STRIKE ONLINE SEA

gua rasa, 2 golongan je yang tak pernah rasa zaman gemilang Counter Strike. golongan pertama, golongan 90-an yang mmg tak lepak kafe siber- jenis balik sekolah pun baju tuck-in lagi, pakai tie sepanjang masa, tempat lepak kalau tak pusat tuisyen mesti madrasah terdekat, jenis taat ibu bapa punya. golongan kedua plak golongan PPSMI, jenis keluar dari perut ibu terus kenal Modern Warfare, tengok game CS dah macam tengok orang pakai sependa atas kepala. nasihat aku, maafkanlah mereka. berilah mereka petunjuk dan hidayah.

Counter Strike adalah blue-print teragung bagi Team Death Match, formula CT vs Terrorist (masa zaman sekolah dulu dok panggil Polis vs Pencuri. LOL) ni digunapakai sampai sekarang. Tanpa Counter Strike, mungkin kita akan main Capture The Flag secara kompetitif , dan mungkin sekali game Online FPS yang ada sekarang ni TIDAK AKAN WUJUD. tudia, nak citer la betapa kuatnya influence CS ni pada dunia gaming ni.

okeh. cukup 2 perenggan mukadimah.

game ni diasaskan dari Counter Strike Condition Zero (enjin CS 1.6), so grafik tu agak ketinggalan zaman gak la. secara asasnya, yang berbeza cuma HUD je, pastu ada banyak pilihan senjata. ekceli gua suka model-model dalam CSO, contoh seperti Asia Red Army, Liberation Army dan mamat pakai beret merah tu. LOL.

gameplay, sama seperti CS gak. tak jauh beza. so kalau korang biasa main CS masa ponteng sekolah dulu, mmg senang la. Zombie mode gua taknak sentuh, sebab gua tak berapa minat nak sentuh pun.

komuniti, gua rasa ramai player , friendly ke tak tu taktau la. sebab gua dah lama tak masuk.

========================================================================

Penilaian

Grafik : Biasa-biasa aje.
Gameplay : Biasa - biasa aje.
Komuniti : Biasa- biasa aje.

Markah : 50.0% - markah pun biasa je la. :-P
*boleh anggap CSO ni macam CS + centralized player database. tu je.

P/S : dengan ini gua declare gua nak jual ID gua. ada M14 EBR permanent . gua tolak murah je, nak amik balik modal beli EBR je - RM35 kalau tak silap. lowballerz GTFO

No comments:

Post a Comment