Saturday, December 17, 2011

AVA - The Rifle Man Guide

okeh, harituh gua ada tulis guide untuk Point Man kan? harini gua nak tulis pasal Rifle Man pulak.




===== PEMBUKA TIN.... EH BUKAN, PEMBUKA KATA=====
Rilfeman adalah nadi kepada pasukan. bertindak sebagai pelindung (tanker) pasukan dengan Defense Ratingnya yang tinggi, dan dengan riflenya memberi tembakan sokongan (support fire) kepada pasukan, kehadiran Rifle Man (RM) amat dialu-alukan dalam pasukan.

Senjata utama bagi RM adalah Rifle.

Ciri-Ciri
-Defense Rating tinggi
-Kelajuan Sederhana
-Keberkesanan Senjata - Jarak Sederhana
-Pilihan Senjata (Rifle) yang pelbagai - paling banyak antara 3 kelas dalam A.V.A

Anda patut bermain RM jika :-

1. Anda baru mula bermain. RM adalah kelas yang mudah dikendalikan, jadi sangat sesuai untuk yang baru.

2. Anda suka bermain Rambo-style . Dengan Defense Rate RM yang tinggi, seorang RM boleh menerima tembakan lebih banyak dari Point Man dan Sniper.

3. Anda seorang Tourneyfag. Dalam sejarah IeSF (ini tournament AVA peringkat antarabangsa), tiada satu pun PM digunakan di peringkat kalah mati. Semua pakai RM dan Sniper.


=====SKILL DAN CAMPAIGN RIBBON=====
*nota : gua punya RM skill tak sampai 50% so gambar tu kemudian-kemudian la ye :D

part ni aku nak tulis pasal Skill-Skill seorang RM.
*kat mana nak check skill ni? My Info > My Skill*
Skill berkait secara langsung dengan Campaign Ribbon.
*aduh, kat mana pulak nak check Campaign Ribbon ni? My Info > My Award > Campaign Ribbon*


Skill RM ada 5 bahagian - Armor Mastery, Helmet Mastery, Grenade Mastery , Aiming Mastery, dan Rifle Mastery.

Armor Mastery 
- Meningkatkan Defense korang. 
Basic Defense | Default | + Defense
Intermediate Defense | 15 jam sebagai RM | + Defense
Advanced Defense | 40 jam sebagai RM | + Defense

Helmet Mastery
- skill branch ni mengajar korang cara mengikat helmet dengan betul . kahkahkah. mengurangkan kebarangkalian helmet jatuh. ingat, ikat dengan betul.
Helmet Defense | 40 headshot | kurangkan kebarangkalian helmet jatuh
Adv. Helmet Defense | 120 headshot | kurangkan kebarangkalian helmet jatuh

Grenade Mastery
- Meningkatkan tahap pengendalian bom tangan korang.
Roll-in Grenade | 10 nade kill | Tingkatkan jarak balingan Roll-in (Klik kanan)
Throw Grenade | 30 nade kill | Tingkatkan jarak balingan 
Quick Toss | 50 nade kill | Percepatkan balingan 

Aiming Mastery
- Tingkatkan ketepatan/kepantasan ketika membidik (aiming)
Basic Aimed Fire | 200 headshot | Peningkatan kelajuan pergerakan ketika membidik
Adv Aimed Fire | 500 headshot | Peningkatan ketepatan ketika membidik

Rifle Mastery
- Skill berkaitan senjata Rifle
AR Extra Ammo | 200 kill |  Extra setengah clip (cth : 30/60 > 30/75)
AR Quick Reload | 2000 kill | Percepatkan masa reload

===== SENJATA =====

Senjata seorang RM, secara asasnya mudah, pilih satu rifle, equip, tembak.

itu secara asas la kan. kalau korang nak jenis lebih spesifik - anti-sniper? stealth? anti-CQB? headliner?  - itu yang susah. dan setiap senjata ada kateristik berbeza. (aku rasa aku akan buat 1 guide untuk kateristik senjata). 

jadi, tepuk dada, tanya selera. 

dan jauhkan diri anda dari EASY  - AK-47/M4A1 dan F2000. serius, kalau pakai F2000 tu mmg nub habis dah tu.

sekian, kthxbai.

No comments:

Post a Comment