Wednesday, December 7, 2011

AVA - The Point Man Guide

kalau korang baca review aku pasal A.V.A (baca kat SINI ), dalam game ni ada 3 class - Point Man, Rifle Man  dan Sniper.

sekarang ni aku nak perkenalkan kat korang - Point Man(PM)

.



=====MUKABUKU... EH BUKAN, MUKADIMAH.....======

Point Man(PM) adalah satu class yang sangat cool. kelebihan PM terletak pada kelajuan berlari (Running/Sprinting) dan tempur jarak dekat (Close Quarter Battle). Senjata utama terdiri daripada Sub-Machine Gun (SMG) dan Shotgun.

Ciri-Ciri Point Man.
-Kelajuan Tinggi
-Defense Rating Sederhana
-Keberkesanan Senjata - Sangat bagus untuk CQB.
-Kebanyakan senjata boleh diletakkan Silencer - tembakan tidak akan memberikan marking pada map musuh.

Anda patut bermain Poin Man bila :-

1. Anda tak kisah untuk Backstab/Flanker.
kesilapan utama pemain-pemain baru adalah membandingkan PM dengan Rifleman (RM). ya, kalau depan-depan memang ko mintak mati berlawan dengan RM. sebab armor PM tidak dibina untuk menerima banyak tembakan.

2. Anda mementingkan kuantiti dari kualiti.
kekuatan utama SMG terletak kepada Rate Of Fire(RoF). senjata ini cukup laju tembakannya untuk menghabiskan seluruh magazine dalam beberapa saat. Analogi dia simple je sebenarnye, ko spam je sampai target ko mati, selalunya kalau dalam range CQB, 3-4 das dah kojol dah target tu.

3. Anda bukan seorang camper. 
PM yang hebat biasanya tidak akan duduk senyap di suatu tempat, kerana camping merugikan kekuatan utama PM - mobiliti tinggi. kalau nak main camping, pilih sniper, pre-shot satu tempat sampai habis game. LOL.

4. Anda tak kisah untuk mati banyak kali.
serius, main PM korang akan mati banyak kali dalam satu game. jadi korang kena hargai setiap moment yang korang ada (LOL), pastikan setiap serangan korang memberikan impak besar kepada musuh. Elemen kejutan  sangat penting untuk PM.

=====SKILL DAN CAMPAIGN RIBBON=====

part ni aku nak tulis pasal Skill-Skill seorang PM.
*kat mana nak check skill ni? My Info > My Skill*
Skill berkait secara langsung dengan Campaign Ribbon.
*aduh, kat mana pulak nak check Campaign Ribbon ni? My Info > My Award > Campaign Ribbon*

okeh, skill PM ada 5 bahagian - Running Mastery , Sprinting Mastery , Knife Mastery, SMG Mastery, dan Radar Mastery.

kalau nak upkan skill-skill ini, korang kena main sebagai PM. walaupun korang loot SMG masa main sebagai RM / Sniper, skill tetap tak up.

Skill tak up kalau korang main dalam AI Channel. so bermain dalam siri Prison Break/ AI Demolition tidak akan dikira.

okeh kita tgk dulu TAB 1 : Running Mastery



Skill dalam kategori ini meningkatkan tahap kelajuan larian(pergerakan biasa) PM korang.

Running PointMan - Skill ni memang dapat secara default. efek : + kelajuan larian
Running Expert - 20 jam bermain sebagai Point Man. masa dikira ketika korang BERADA DALAM MATCH, bukan kat lobby. efek : ++ kelajuan larian
Running Master - 40 jam bermain sebagai Point Man. masa dikira ketika korang BERADA DALAM MATCH, bukan kat lobby. efek : +++ kelajuan larian

SKILL TAB 2 - Sprinting Mastery


Skill dalam kategori ini meningkatkan kelajuan memecut (Sprinting, W+W) PM korang.

Trained Landing : mengurangkan damage ketika lompat dari tempat tinggi sebanyak 50% . 30 minit Sprinting.
Sneak : meningkatkan kelajuan bergerak ketika Crouch (duduk, CTRL). 60 minit Sprinting.
Trained Sprint : meningkatkan kelajuan Sprinting (W+W). 120 minit Sprinting.

SKILL TAB 3 : Knife Mastery.


meningkatkan keberkesanan senjata pisau.

Advanced Knife Attack : + range pisau . 3 kill menggunakan pisau.
Sharp Knife : + damage pisau. 6 kill menggunakan pisau.

SKILL TAB 4 : SMG Mastery


meningkatkan keberkesanan penggunaan senjata kategori SMG.
*nota : walaupun mengikut guide lain, boleh pakai Shotgun, aku suggest pakai SMG je. bukan ape, efek dia untuk SMG je pun.

SMG Quick Reload : menambah kelajuan reload. 1000 kill menggunakan SMG.
SMG Extra Ammo : menambahkan kapasiti peluru simpanan sebanyak 1/2 magazine (cth: 30/60 ke 30/75). 2000 SMG kill.

SKILL TAB 5 : Radar Mastery.


kedua-dua skill ni meningkatkan jarak pengesanan radar korang. aku malas nak ulas lebih-lebih sebab aku tak dapat nak track cara nak mendapatkan skill ni.
 tapi yang aku perasan scan musuh guna binocular mmg akan mempercepatkan progress nak mendapatkan skill ni.


=====SENJATA=====

sebenarnya aku tak berapa minat nak bagi cadangan senjata ni, sebab bagi aku senjata ni, lain orang lain citarasa dia.

ada yang suka MP7, ada suka Veresk , ada suka Bizon (aku la tu :P) ... jadi bagi aku cadangan senjata ni tak berapa valid. bagi aku senjata yang bagus adalah senjata yang pengguna dia selesa ketika menggunakannya. paham tak ni?

cuma saranan aku elakkan dari menggunakan senjata EASY sebagai senjata pertama, senjata kategori EASY ni tak membantu dari segi skill secara overall, dan akhirnya bila korang nak tukar senjata lain, korang terkial-kial nak adjust balik.

untuk permainan Co-op (Prison Break AI Demo blablabla), gunakan senjata yang banyak kapasiti peluru, macam Bizon atau P90, atau kalau nasib baik(atau banyak duit nak main capsule), PPSh41.

Shotgun ... aku tak berapa galakkan untuk beginner. lagipun, Shotgun yang best, Saiga-12, boleh pakai bila Master Sergeant 2, haha.

aku rasa itu je kot buat masa ni. malas nak tulis byk-byk, bukan ada orang baca.

sekian, kthxbai.

2 comments:

  1. As~skn WBT bro~ xD
    Gj bro...dpt jugak sdikit sbnyak ttg PM neh~ ^^! huhu... Gua slalu maen Sniper dalm AVA~ klu ada Tips sniper pon bagus jugak xD ^^! anyway thx sbb ada org sudi kongsi skill2 yg tak terdapat di pasaran nie~ ^^! haha....k, slm ikhlas...

    [ElvisRosly] AVA.IGN
    a.k.a
    [N-ta Mantan Preman] Facebook.Name

    ReplyDelete
  2. As-Slm WBT!xD
    Gj bro...dpt jugak sdikit sbnyak ttg PM neh~ ^^! huhu!anyway thx sebb ader org yg sudi kongsi serba sedikit ttg skill2 AVA yg xder kat mane2!!hoho!!Akhir kalam..teruskan usaha murni anda sebagai seorang penasihat AVA dan PENGGANAS!!

    [ElvisRamly]AVA.IGN
    a.k.a
    [Syahir Rahim]FB.Name

    ReplyDelete