Thursday, December 15, 2011

[REVIEW]EXTREME DISPATCH OF ARMY (XDOA)





SERVER : PRIVATE (MALAYSIA)
NAMA GAME :  EXTREME DISPATCH OF ARMY
SINGKATAN : XDOA
HOST : ENCEK KORENG
DEVELOPER : BOLTSOFT
WEBSITE : www.xdoa.org


gua rasa, dalam banyak-banyak perang yang pernah berlaku kat muka bumi ni, Perang Vietnam adalah perang yang paling cool sekali. mungkin sebab tak ada AGM missile, tak ada Heartbeat Sensor, dan tak ada kereta kebal gay yang bernama Abrams tu. yang ada adalah senjata-senjata cool seperti AK47, M60, CAR-15, RPG-7, ada askar gerila berperang pakai baju petani, ada helikopter helikopter yang cool seperti Huey dan AH-1 Cobra, dan ada Rambo dan Predator - okay, yang dua terakhir ni adalah dakyah Hollywood. tapi yang paling cool sekali adalah US kalah perang ni. oyeah.

tapi sebab US kalah perang ni, bahan hiburan yang dibuat atas tema Perang Vietnam sikit gila. ikut kata muda-mudi sekarang, barang rare. ini semua , kalau ikut teori konspirasi, sebab taknak orang White House marah. Fakyu Amerika, gua tetap suka tengok filem Full Metal Jacket. kalau ikut kategori game, yang ada cuma Battlefield Vietnam, Battlefield Bad Company 2 Vietnam, dan beberapa game yang tak berapa best.

sebab tu gua sangat berbesar hati nak tulis review pasal game ni, sebab gua kalau ikutkan memang anti habis bab-bab private server ni.  tapi sebab game ni jatuh dalam kategori rare, gua ketepikan segala sentimen gua. dan gua rasa review ni bakal jadi review paling panjang gua penah tulis. kahkahkahkah.

basically game ni berkenaan 2 pasukan, MGF dan AGA. walaupun nama 'negara' dalam game ni adalah Myridian, gua senang-senang je cam dorang sebagai US Army (MGF) dan Vietcong (AGA). sebab ape? kalau korang tengok betul-betul, puak AGA tu sebijik macam Vietcong.


sistem game dia simple - macam main CS je - masuk match, pilih pasukan (MGF/AGA), masa start round beli senjata/bom, start tembak. ada beberapa feature unik game ni, antaranya peeking, dan ada war room - 16v16.

walaupun gua tak main server ni, tapi dari pengamatan gua, komuniti dia agak cool la - lagi ok dari game sakai bernama M.A.T tu. lagi satu game ni rajin buat event, rajin sungguh encek Koreng ini. komuniti dia agak kecik, tapi itu memberi kelebihan kepada admin untuk memantau player dari buat onar, sebab game ni mmg terdedah kepada penggunaan hack dan bug - takleh nak buat apa pun, encek koreng cumalah seorang host, nak hantar report kat Boltsoft pun, Boltsoft dah bungkus. player berperangai sakai tu, takleh nak elakkan sangat la, budak tak cukup umur memang begitu, ada dimana-mana.

jadi, kesimpulannye, walaupun game ni dah boleh dikategorikan sebagai artifak purba, ramai gak yang main game ni. dia umpama macam Toyota Celica TA22 dah siap bikin, makin dipandang makin awesome. korang tau tak awesome ni apebenda? gugel translate la senang.


note : game ni bole main kat Windows XP je. Tetingkap 7 tak boleh.
=========================================================================

Penilaian

Grafik : Tahap Purba. takleh nak buat apa la, zaman bila punya game ni.
Gameplay : Basic.
Komuniti : Tak berapa nak ramai, tapi meriah. gua dengar ramai aweks aweks main game ni, tapi selepas gua stalk FB beberapa nama, gua batalkan hasrat gua nak ngorat. 6 kali sebatan wooooo.....

Markah : 58%
bangga la wei , game ni gua bagi markah lagi tinggi dari game sakai bernama M.A.T tu.

sekian, kthxbai.

No comments:

Post a Comment